HIG COOLING SERVICES ENGINEERING

Selamat Datang Ke HIG COOLING SERVICES ENGINEERING

 

PENGENALAN

 

Penubuhan Syarikat HIG Cooling Services Engineering ini adalah merupakan sebuah Syarikat Perkongsian.Mempunyai pendidikan dan berkelulusan dalam elektrikal di peringkat sijil serta mempunyai beberapa tahun pengalaman bertugas disyarikat-syarikat hawa dingin dan elektrikal. Pelaksanaan perniagaan ini adalah terletak di Jalan Sri Putri,Kulai Johor.

 

HIG Cooling Services Engineering telah ditubuhkan pada 20 September 2015. Syarikat ini dahulunya dikenali sebagai MD Electrical and Air Conditioner (M&E) - (2005-2014) merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan membekal alat hawa dingin,membaiki dan menyelenggara alat hawa dingin serta membuat kerja-kerja elektrikal termasuk kerja kabel LV,mekanikal dan civil.

 

Pada awalnya,HIG Cooling Services Engineering hanya tertumpu kepada kerja-kerja dari kontraktor utama.Namun begitu, HIG Cooling Services Engineering telah mengorak langkah setapak kehadapan dengan menjalankan kerja-kerja secara langsung dengan pelanggan yang berskala sederhana dan sehingga kini.